Isnin, 26 November 2012

Ancaman Bugis

Pada akhir kurun ke-18, pertikaian dan perebutan takhta yang berlaku di kalangan pembesar telah mengancam kedaulatan Kedah. Pada tahun 1770, Sultan Muhammad Jiwa telah melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah. Pelantikan tersebut tidak dipersutujui oleh kerabat di raja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara. Mereka berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa. Tentera Bugis yang dipimpin oleh Raja Haji telah menyerang dan menawan Kuala Kedah serta Alor Setar. Sultan Muhammad Jiwa berundur ke Kangar bagi meneruskan perjuangan.


Khamis, 15 November 2012

KEDAULATAN KEDAH TERCABAR.

Pada kurun ke-16, Kuala Kedah telah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh kerajaan Kedah membolehkan Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Usaha mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran Kedah bukanlah perkara yang mudah kerana pemimpinnya menghadapi penentangan dan cabaran dari dalam luar negeri. 



BANK SOALAN

BAB1: KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

1.1) PERTAPAKAN SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS (SHTI) DI PULAU PINANG.

PULAU PINANG MENJADI PANGKALAN SHTI

Tahukah kamu bahawa pada asalnya Pulau Pinang adalah sebahagian daripada wilayah negeri Kedah? Kegemilangan Kedah sebagai sebuah kuasa maritim telah menarik minat SHTI. Walaubagaimanapun, SHTI tidak boleh menguasai Kedah kerana Siam mengakui Kedah di bawah naungannya. Sungguhpun begitu, SHTI perlu mencari sebuah pelabuhan untuk dijadikan tempat persinggahan, pusat pengumpulan barang dagangan dan pangkalan tentera bagi urusan perdagangan. Kedudukan Pulau Pinang yang strategik di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat dapat memenuhi semua keperluan SHTI.



BANK SOALAN